Industri disaran jadikan sungai `anak angkat’  - Utusan Malaysia

Industri disaran jadikan sungai `anak angkat’ 

B Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (depan tengah) melakukan gimik memotong reben pada Program "Jom Turun Sungai bagi Menghargai Air" sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Sungai Langat, Bangi di sini, hari ini. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mahu pihak industri turut serta dalam Program Denai Sungai Kebangsaan bagi menjaga sumber air.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembabitan pihak industri itu penting bagi mengubah imej industri yang selama ini kerap dikaitkan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar termasuk sungai.

Beliau berkata, pihaknya yakin usaha itu boleh dilakukan jika pihak industri dapat bersama-sama kementerian menjaga sumber air khususnya sungai.

“Sebagai contoh, mereka (industri) boleh menjadikan anak sungai atau sungai sebagai ‘anak angkat’ untuk dijaga.

“Mereka boleh keluarkan bajet bagi penjagaan sungai, membina denai sungai dan meletakkan papan tanda syarikat sebagai tanda mereka terbabit dalam usaha menjaga sungai itu,” kata beliau pada majlis perasmian Program Denai Sungai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Sungai Jenderam, Kampung Jenderam Hulu di sini hari ini.

Mengenai Jom Turun Sungai yang berlangsung serentak di 127 lokasi seluruh negara hari ini, Tuan Ibrahim berkata, program itu diharap dapat mengembalikan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, program itu adalah aktiviti tahunan sempena Hari Sungai Sedunia yang bertujuan mengajak masyarakat supaya menghargai nilai air.

“Kita mahu menghidupkan balik budaya gotong royong dan kali ini, kita mahu gotong-royong membersihkan sungai, membersihkan kotoran dan membina denai sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya