Kaedah moden juga sebahagian rawatan Islam - Ahmad Marzuk

Kaedah moden juga sebahagian rawatan Islam – Ahmad Marzuk

AHMAD Marzuk Shaari menyerahkan sumbangan daripada Jauhar kepada pihak Hospital Tumpat untuk kegunaan pesakit Covid-19 hari ini. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terkeliru sehingga menolak kaedah saintifik dan moden bagi merawat pesakit Covid-19 kerana ia sebenarnya juga sebahagian daripada konsep rawatan dalam Islam yang bersandarkan kepada bukti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kaedah Islamik seperti doa dan ayat-ayat rukyah pula merupakan kaedah tambahan kepada rawatan sedia ada yang diguna pakai ketika ini.

“Yang dimaksudkan itu (cadangan rawatan Islam) adalah rawatan tambahan, soal doa dan rukyah itu dibolehkan.

“Tetapi jangan sampai menafikan kaedah saintifik dan moden, kerana Islam itu sendiri menitik beratkan soal pembuktian. 

“Jadi apa yang kita buat di hospital ini ialah berdasarkan, adanya virus, ada vaksin dan doktor suruh kita makan ubat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan ketuhar jenis ‘Convenction Oven’ sumbangan Jabatan Wakaf Haji dan Umrah (Jauhar) kepada pihak Hospital Tumpat untuk dimanfaatkan bagi menyediakan makanan kepada pesakit Covid-19 yang ditempatkan di situ.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kaedah bersifat komplementari seperti doa dan ayat rukyah tidak menjadi masalah untuk diterapkan bagi merawat pesakit Covid-19 namun perlu digabungkan bersama kaedah rawatan moden.

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri negeri, Hilmi Abdullah yang juga Perawat Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia (DarusSalam) baru-baru ini mencadangkan rawatan Islam digunakan sebagai alternatif untuk merawat pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam reaksinya pula memberitahu, sebarang rawatan alternatif kes Covid-19 di negara ini termasuk perawatan Islam perlu menjalani kajian saintifik untuk mengetahui keberkesanannya dan kesan sampingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya