Jagdeep tawar diri jadi penerima awal vaksin Covid-19 

Jagdeep tawar diri jadi penerima awal vaksin Covid-19 

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memerangi pandemik Covid-19, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo menawarkan diri menjadi sebahagian daripada kumpulan awal menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pulau Pinang. 

Jagdeep berkata, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad ini dan beliau sedia menerima vaksin berkenaan bersama Ketua Menteri jika diluluskan Jabatan Kesihatan negeri. 

“Saya telah mendaftar untuk menerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera. 

“Saya juga nyatakan sekiranya boleh saya sedia terima vaksin tersebut bersama-sama Ketua Menteri agar tindakan kita ini boleh menjadi contoh kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian. 

Turut menerima vaksin berkenaan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diikuti anggota barisan hadapan lain iaitu kumpulan jurusuntik yang akan terbabit dalam program imunisasi selepas ini. 

Menurut Jagdeep, beliau percaya semua barisan exco negeri ini juga bersedia menerima vaksin Covid-19 sebagai langkah keselamatan untuk mencegah penularan wabak. 

“Semua barisan exco terdedah kepada risiko kerana tugas kami memerlukan untuk bergerak di banyak tempat dan bertemu ramai pihak. 

“Sekiranya semua mengambil vaksin, ini akan berikan mesej supaya rakyat boleh terus patuh dan turut mengambil vaksin Covid-19,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bagi membantu peniaga di negeri ini, sebanyak RM20.44 juta daripada jumlah keseluruhan Pakej Stimulus Ekonomi Negeri Pulau Pinang telah diperuntukkan bayaran ‘one-off’ berjumlah RM500. 

Katanya, dana itu bagi membantu para peniaga, penjaja, penggerai termasuk peniaga di pasar pagi, malam, kantin sekolah, ‘food truck’, kedai gunting rambut dan perkhidmatan bekam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya