Agihan kerusi: UMNO Perak hanya runding dengan Pas, tidak libatkan PN

Agihan kerusi: UMNO Perak hanya runding dengan Pas, tidak libatkan PN

SAARANI Mohamad mendengar taklimat dari pegawai 2 Briged ketika melawat Projek Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Surau Islahiyah Lenggong hari ini. - FOTO/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: UMNO Perak tidak akan campur tangan dalam hal berkaitan agihan kerusi membabitkan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebarang rundingan berkaitan agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Katanya, perkara itu jelas sebagaimana dipersetujui dalam rundingan Maufakat Nasional (MN).

“Saya tak campur (rundingan kerusi babitkan PN), UMNO dengan Pas. BN akan babitkan dengan Pas, yang ada di Perak dan di Malaysia hanya koloborasi dengan BN dan Pas.

“Kalau ada perundingan kerusi juga hanya babitkan BN dan Pas, rundingan yang lain saya tak boleh komen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Projek Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Surau Al-Islahiyah Pekan Lenggong hari ini.

Hadir sama, Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib berkata,

Semalam, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Ahmad Faizal Azumu memberitahu beliau dilantik untuk mengetuai Bersatu bagi membincangkan isu pengagihan kerusi parti itu dengan parti komponen lain dalam PN untuk PRU-15.

Ahmad Faizal turut menyangkal dakwaan bahawa partinya ingin mendominasi kerusi dan menegaskan mana-mana parti dalam PN berhak menyuarakan minat bertanding di mana-mana kerusi.

Beliau turut menegaskan, perbincangan berkenaan pengagihan kerusi dengan UMNO belum dimulakan.

Saarani berkata, UMNO dan Pas Perak kekal tidak akan bertembung di kerusi yang sudah dimenangi pada PRU-14.

Pada PRU-14, UMNO Perak menang 27 kerusi manakala Pas tiga kerusi.

“Kita (UMNO dan Pas) tak akan lawan di kawasan kita menang, yang lain kita akan agih.

“Status qou itu dikekalkan dan  itu juga persetujuan dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya