Pochettino nyaris dapat Messi - Utusan Malaysia

Pochettino nyaris dapat Messi

MAURICIO Pochettino (belakang) dan Lionel Messi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mendedahkan, Lionel Messi hampir berada di bawah bimbingannya sewaktu dia menjadi jurulatih Espanyol pada 2009 hingga 2012.

Pochettino yang juga bermula dari akademi Newell’s Old Boys sama seperti Messi berkata, penyerang prolifik Barcelona itu hampir pasti ke Espanyol sebagai pinjaman, namun terbatal pada saat-saat akhir.

“Messi ke PSG? Saya tiada komen. Cuma impian saya ingin memiliki pemain bertaraf dunia di kelab dan Messi sedang menuju ke Espanyol sebagai pinjaman.

“Perjanjian berjalan lancar, namun secara tiba-tiba Leo mempamerkan aksi menakjubkan semasa pramusim Trofeo Gamper, sekali gus menghalangnya untuk datang ke Espanyol.

“Kami pernah bertemu beberapa tahun lalu di London atau Itali. Kami menceritakan pengalaman ketika di Newell’s Old Boys memandangkan kami ‘lahir’ daripada akademi yang sama.

“Saya memang megikuti perkembangan Messi. Saya sentiasa memerhatikan semua pemain dari West Ham ke Valladolid. Pada masa sekarang, anda perlu memerhatikan setiap pasukan.

“Bagaimanapun saya tidak mahu memberi komen berhubung khabar angin Leo buat masa ini,” kata pengendali dari Argentina itu.

Pochettino berkata demikian selepas diajukan soalan susulan Messi dikaitkan ingin berpindah ke PSG selepas berakhirnya musim 2020/21. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya