Ozil sah milik Fenerbahce - Utusan Malaysia

Ozil sah milik Fenerbahce

MESUT Ozil akhirnya menamatkan hubungan tujuh tahun setengah bersama Arsenal untuk menyertai Fenerbahce.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Selepas lama ‘membeku’ di Arsenal, Mesut Ozil akhirnya meninggalkan kelab London itu untuk menyerta gergasi bola sepak Turki, Fenerbahce.

“Saya sangat gembira dan teruja.

“Tuhan memberikan saya peluang untuk menyarung jersi Fenerbahce. Saya akan menyarungnya dengan penuh rasa bangga dan memberi segala-galanya kepada pasukan,” kata Ozil dalam satu temuramah bersama stesen televisyen Turki, NTV.

Perancang utama Jerman itu tiba di Istanbul bersama keluarganya, sekali gus menamatkan hubungan tujuh tahun setengah di Arsenal selepas  kariernya semakin malap di bawah bimbingan pengendali Gunners, Mikel Arteta.

Ozil, 32, tidak beraksi buat kelab Liga Perdana itu sejak Mac tahun lalu biarpun menjadi penerima gaji kedua tertinggi, 350,000 pound (RM1.9 juta) seminggu. Dia menamatkan kontrak yang sepatutnya berakhir Jun ini lebih awal selepas mencapai persetujuan bersama.

Dalam temu ramah bersama NTV, Ozil menegaskan, fizikal dan prestasinya berada pada tahap terbaik sekalipun sudah lama tidak beraksi.

Akhbar sukan harian  Turki, Fanatik melaporkan Ozil akan menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama Fenerbahce bernilai 5 juta euro (RM24 juta) semusim.

Jurucakap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin membalas hantaran Ozil di Twitter dengan berkata: “Semoga selamat sampai.”

Ozil yang berasal dari Turki menerima kritikan hebat di Jerman kerana bergambar bersama Erdogan pada 2018, malah Erdogan turut hadir ke majlis perkahwinan pemain itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya