Liverpool makin parah - Utusan Malaysia

Liverpool makin parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Juara bertahan, Liverpool bukan saja gagal melakar kemenangan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut, malah dimalukan 0-1 oleh Burnley di dalam sendiri hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan rekod tanpa kalah Reds dalam 68 perlawanan liga di Anfield lebur.

Sepakan penalti Ashley Barnes, yang dijatuhkan oleh penjaga gol, Alisson pada minit ke-83 menjadi pemusnah Liverpool.

Anak-anak buah Jurgen Klopp turut mencatat ‘rekod baharu’ gagal menembusi gawang lawan dalam empat perlawanan liga berturut-turut, sekali gus menyempitkan peluang mempertahankan kejuaraan.

Liverpool kekal di tangga keempat liga dengan 34 mata selepas 19 perlawanan, enam mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Begitupun mereka boleh dipintas oleh Tottenham yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan atau Everton, yang baru beraksi 17 kali.

Spurs kini mengutip 33 mata manakala Everton dengan 32 mata.

ASHLEY Barnes meledak sepakan penalti kemenangan Burnley.

Burnley yang memulakan aksi dengan hanya satu tangga dari zon penyingkiran menarik nafas lega berjaya memenangi perlawanan paling sukar buat mereka.

Selepas tidak kalah dalam sebarang perlawanan liga di Anfield sejak 2017, malah berjaya menamatkan penantian 30 tahun untuk bergelar juara musim lalu, kedudukan Reds dari buruk kini menjadi parah.

Liverpool yang berdepan krisis gol terburuk dalam tempoh 16 tahun merehatkan Mohamed Salah dan Roberto Firmino dalam kesebelasan utama.

KEMASUKAN Mohamed Salah (kiri) gagal merubah nasib malang Reds.

Bagaimanapun, Divock Origi mensia-siakan kepercayaan Klopp apabila diturunkan dalam senarai utama selepas gagal menyempurnakan peluang terbaik yang dimiliki pada babak pertama.

Penyerang Belgium itu berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, Nick Pope ketika merembat bola melewati palang.

Kemasukan Salah dan Firmino pada separuh masa kedua menjadikan permainan Liverpool lebih menarik, namun kecekapan Pope mengecewakan tuan rumah.

Sebaliknya Burnley memberi tekanan kepada benteng Reds dengan mengatur serangan balas sebelum Barnes dijatuhkan untuk menyempurnakan penalti yang membawa kemenangan mengejut pasukan pelawat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya