Johor Bahru catat kes denggi paling tinggi - Utusan Malaysia

Johor Bahru catat kes denggi paling tinggi

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Daerah Johor Bahru melaporkan kes deman denggi tertinggi dengan  61 kes daripada 159 kes keseluruh pada tahun ini.

Bagaimanapun, jumlah kes denggi yang direkodkan pada tahun ini di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 159 kes berbanding 452 kes bagi tempoh dua minggu pertama tahun lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, daripada jumlah kes tersebut, 54 kes dilaporkan dari lokaliti wabak dan 105 kes dari lokaliti bukan wabak. 

Katanya, sebanyak 87 kes denggi dilaporkan pada minggu pertama manakala 72 kes direkodkan pada minggu seterusnya. 

“Daerah Johor Bahru melaporkan kes tertinggi yang menyumbang sebanyak 61 kes diikuti Pontian (tiga kes), Tangkak dan Kulai masing-masing dua kes serta satu kes bagi Batu Pahat, Segamat, Kota Tinggi dan Muar.

“Jumlah terkumpul lokaliti wabak di Johor pada tahun ini adalah 20 berbanding 63 bagi tempoh sama pada tahun lalu iaitu penurunan kira-kira 68.3 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Vidyananthan, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menjadi halangan untuk petugas kesihatan menjalankan aktiviti kawalan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya