11 individu lepak kena kompaun langgar SOP PKPB - Utusan Malaysia

11 individu lepak kena kompaun langgar SOP PKPB

KUMPULAN individu yang melepak di depan sebuah tokong di Pasir Panjang, Sitiawan semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebelas individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan melepak di depan sebuah tokong di Pasir Panjang, Sitiawan dekat sini semalam.

Mereka berusia dalam lingkungan 20-an menaiki motosikal, berkumpul tanpa tujuan pada waktu senja di kawasan letak kereta tokong tersebut yang terletak di tepi laut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pasukan task force pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung mengeluarkan kompaun itu selepas semua individu terbabit ingkar PKPB.

“Hasil pemeriksaan mendapati 11 individu terbabit mengingkari SOP PKPB iaitu berkumpul melebihi 10 orang yang dibenarkan di pusat riadah dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Mereka dikenakan kompaun mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya