Selepas Celine, Berlin pula pahat sejarah - Utusan Malaysia

Selepas Celine, Berlin pula pahat sejarah

BERLIN LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Celine Chuang, seorang lagi pemain bola sepak wanita negara mencuri tumpuan apabila beraksi dalam Liga Sepanyol.

Berlin Leong, 19, yang pernah mewakili Malaysia, Pulau Pinang dan Selangor kini memahat nama bersama kelab FC Pozuelo B dengan membuat penampilan pertamanya ketika menentang Real Madrid B, Ahad lalu.

Dalam aksi Liga Remaja Wanita Sepanyol itu, Real menang 4-0, namun beraksi di pentas Eropah memberi pengalaman amat berguna buat Berlin.

Pernah mewakili Malaysia dalam kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-19 (B-19) 2018 dan menyarung jersi Pulau Pinang pada Piala Tun Sharifah Rodziah 2018, selain bermain bola sepak di Sepanyol, Berlin turut melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi di sana.

Mengimpikan kejayaan dalam akademi dan bola sepak, Berlin memasang impian bergelar pemain profesional suatu hari nanti.

Celine, 16, sebelum ini mencuri tumpuan apabila diserap dalam skuad B-17 wanita Bayern Munich di Jerman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya