Masjid, surau di Sepang dibuka esok - Utusan Malaysia

Masjid, surau di Sepang dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua masjid dan surau di daerah Sepang dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah mulai esok.

Bagaimanapun, semua aktiviti pengimarahan masjid seperti kuliah, ceramah dan tazkirah masih ditangguhkan.

Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Zamzuri Roslan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Penilaian Pematuhan Prosedur Operasi Standard Masjid dan Surau Negeri Selangor (JPPPMS) semalam. 

“Hanya 40 jemaah termasuk pentadbir masjid dan surau tersebut yang dibenarkan ketika menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.

“Namun, ketetapan bilangan jemaah tersebut boleh dihadkan sekiranya penularan Covid-19 di kawasan berhampiran atau masjid dan surau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zamzuri berkata, hanya masjid dan surau yang mendapat kebenaran mengadakan solat Jumaat sahaja yang dibenarkan menunaikannya.

Menurutnya, seramai 40 jemaah tidak termasuk pentadbir masjid dan surau yang dibenarkan untuk menyertai solat Jumaat.

“Bagaimanapun, warga asing masih lagi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat kecuali mereka yang dikenali oleh pihak masjid dan surau.

“Bagi solat Jumaat, masjid dan surau diminta untuk menggunakan aplikasi bersesuaian untuk merekodkan kehadiran jemaah yang hadir,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya meminta masjid dan surau untuk menyediakan ruangan khas kepada musafir serta penghantar makanan supaya mereka boleh menunaikan solat. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya