Penumpang Lapangan Terbang Changi lepasi paras pra-pandemik

Penumpang Lapangan Terbang Changi lepasi paras pra-pandemik

PENUMPANG berjalan melalui dewan transit berlepas di Lapangan Terbang Changi Singapura.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kira-kira 16.5 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi Singapura pada suku pertama tahun ini, melepasi paras pra-pandemik.

Lapor CNA, lapangan terbang itu mengendalikan antara 5.43 juta hingga 5.73 juta pergerakan penumpang dari Januari dan Mac.

Menurut Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan, angka tersebut mencecah 101.7 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2019.

“Pergerakan pesawat berjumlah 89,400, iaitu 94 peratus daripada pergerakan pada suku pertama 2019.

“Trafik menuju dan dari kebanyakan wilayah pulih ke paras 2019 atau melepasinya. Amerika Utara adalah prestasi terkuat, dengan trafik melebihi paras sebelum Covid-19 sebanyak 25 peratus,” katanya.

Lima pasaran teratas Lapangan Terbang Changi bagi suku pertama ialah China, Indonesia, Malaysia, Australia dan Thailand.

Pengecualian visa 30 hari bersama antara Singapura dan China meningkatkan perjalanan antara kedua-dua negara, meletakkan Beijing sebagai pasaran utama untuk suku pertama.

Denpasar, Manila, Taipei, Seoul dan Shanghai juga antara 10 bandar terbaik yang mengatasi angka suku pertama 2019 dengan peningkatan lebih 10 peratus.

Kapasiti pengangkutan udara bagi suku tersebut berjumlah 475,000 tan, meningkat 14 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023, menandakan pertumbuhan suku pertama tahun ke tahun selepas penurunan tujuh suku berturut-turut.

Pertumbuhan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh prestasi pemindahan penghantaran yang kukuh, terutamanya untuk aliran ke China dengan pasaran kargo udara teratas iaitu Australia, Hong Kong, India dan Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Hab Udara dan Kargo CAG, Lim Ching Kiat berkata, terdapat pemulihan perjalanan yang mantap sepanjang tahun lalu.

“CAG bekerjasama rapat dengan rakan kongsi syarikat penerbangan untuk memulihkan penerbangan yang digantung semasa pandemik dan menambah penerbangan baharu di Lapangan Terbang Changi.

“Prestasi trafik yang kukuh pada suku ini dirangsang oleh penganjuran banyak konsert muzik di Singapura dan kelonggaran keperluan visa antara China dan Singapura.

“Matlamat kami adalah untuk mencapai pemulihan trafik 100 peratus tahun ini. Kami juga akan memperkenalkan jenama dan destinasi syarikat penerbangan baharu ke Singapura,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×