fbpx

25 Januari 2021, 6:18 pm

  TERKINI

Cavani berisiko digantung 3 perlawanan

EDINSON Cavani meraikan jaringannya ke atas Southampton di Stadium St Mary's, Southampton malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Wira kemenangan Manchester United ketika menumpaskan Southampton 3-2, Edinson Cavani berdepan risiko digantung tiga perlawanan kerana mengeluarkan komen berbaur perkauman selepas tamat perlawanan.

Badan disiplin Persatuan Bola Sepak (FA) England hari ini melancarkan siasatan terhadap penyerang Uruguay itu ekoran status yang dimuat naik di Instagram selepas dua jaringannya membantu United bangkit daripada ketinggalan 0-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Seorang peminat menulis di Instagram ‘Asi te queiro Matador‘ dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘Saya sayangkan kamu Matador!”.

Cavani kemudian membalas dalam InstaStory: “Gracias Negrito!

Penyerang berusia 33 tahun itu kemudian memadam imej tersebut daripada InstaStory.

Komen balasnya itu boleh menyebabkan dia dikenakan denda minimum iaitu penggantungan tiga perlawanan atau amaran.

Sehingga hari ini, bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, masih memegang kes perkauman paling berprofil tinggi dalam Liga Perdana apabila digantung lapan perlawanan kerana menggunakan perkataan ‘negrito’ kepada pemain United, Patrice Evra di atas padang pada 2011.

FA sentiasa memantau media sosial kelab dan pemain bagi mengekang isu perkauman dalam bola sepak.

 

STATUS kontroversi Edinson Cavani dalam Instagram Story yang kemudian dipadam.

“Jika kesalahan hanya dilakukan secara tertulis atau melalui alat komunikasi apa sekali pun, hukuman minimum akan dikenakan. Dalam kes seperti ini adalah tiga perlawanan (digantung),” tulis FA.

Sementara itu United berkata, istilah yang digunakan Cavani digunakan secara meluas meluas di Amerika Selatan tanpa membawa maksud buruk dan ia mungkin disalahtafsirkan di England.

Bagaimanapun, hujah itu tidak mungkin mendapat sokongan FA yang percaya bahawa mereka harus menjatuhkan hukuman yang adil dan tidak mengamalkan diskriminasi. – AGENSI