Tukang masak, nenek terselamat diserang lelaki bersenjata parang  - Utusan Malaysia

Tukang masak, nenek terselamat diserang lelaki bersenjata parang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang tukang masak bersama neneknya terselamat apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi di rumah mereka di Kampung Merbok, Selarong Panjang, Karangan di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, tukang masak wanita berusia 35 tahun terbabit berjaya mengelak daripada ditikam dengan parang oleh seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun yang tidak dikenali itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, warga asing itu meluru masuk ke dalam rumah mangsa secara tiba-tiba ketika mangsa dan neneknya berusia 70-an berehat di ruang tamu.

Katanya, suspek yang masuk ke dalam rumah sambil membawa sebatang besi dan mengacu parang ke arah mangsa dan neneknya.

“Ketika itu mangsa bersama neneknya sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka dan terkejut apabila melihat suspek secara tiba-tiba cuba menikam mangsa dengan parang, namun mangsa sempat mengelak.

“Malah berlaku sedikit pergelutan ketika mangsa cuba menghalang suspek yang turut mengacukan parang ke arah neneknya.

“Mangsa sempat memegang tangan suspek sambil menjerit meminta pertolongan penduduk kampung dan jeritan mangsa menyebabkan suspek berlari keluar dari rumah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, mangsa kemudian membuat laporan kepada polis kira-kira pukul 9.15 malam kelmarin.

Jelasnya, berdasarkan laporan itu sepasukan anggota polis menjalankan operasi mengesan suspek.

“Suspek berjaya ditahan di Kampung Jalan Baru Sedim di sini kira-kira pukul 8.30 malam semalam dan merampas sebilah parang berukuran 53 sentimeter daripadanya.

“Hasil pemeriksaan suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiada rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Kata Azhar, kes disiasat mengikut Seksyen  352/427 Kanun Keseksaan . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya