Tok Gajah gantung Sumareh 8 tahun - Utusan Malaysia

Tok Gajah gantung Sumareh 8 tahun

Mohamadou Sumareh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) menjatuhkan hukuman lapan tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berkaitan bola sepak kepada pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Pengerusi Jawatakuasa Tatatertib PBNP, Rizal Chek Hashim berkata, pemain tersebut didakwa atas empat  kesalahan melanggar terma kontrak dengan PBNP.

Untuk setiap pertuduhan, bekas pemain Tok Gajah itu dijatuhi hukuman dua tahun penggantungan.

Bagaimanapun, keempat-empat hukuman bagi setiap pertuduhan akan dijalankan serentak dan ini bermakna Sumareh hanya perlu menjalani hukuman dua tahun pengantungan.

Menurutnya, pemain berkenaan telah melanggar artikel 4.11 kontrak pemain dan artikel 61 kod tatatertib dengan membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran dari PNBP.

Sumareh juga telah melanggar artikel 6.6 kontrak pemain yang mana beliau telah merujuk terus kepada Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata, bagi tuduhan ketiga, pemain itu juga melanggar artikel 5.1, di mana dia gagal menghadirkan diri ke sesi latihan bersama pasukan Pahang bermula 4 hingga 28 Ogos lalu.

Bagi tuduhan ke empat, Sumareh didapati melanggar artikel 5.1 kontrak pemain  kerana gagal menghadirkan diri dalam Liga Super bertarikh 28 Ogos lalu antara Pahang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Rizal, pertuduhan itu telah dibuat dan telah melalui proses notis dan pendengaran seperti termaktub dalam peruntukan undang-undang PBNP.

Pemain berkenaan sudah diberi notis dua kali dan diminta hadir bagi menjawab pertuduhan bagaimanapun tidak hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya