Pemuda UMNO syor prapersidangan Parlimen - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO syor prapersidangan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran memanggil semua presiden parti sama ada kerajaan atau pembangkang bagi mengadakan rundingan prapersidangan Parlimen.

Perkara itu adalah salah satu daripada lima cadangan yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO dalam mengambil pengajaran dan memahami maksud tersirat di sebalik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rundingan berkenaan penting bagi memastikan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat kelak diluluskan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, status quo kerusi Parlimen Batu Sapi juga perlu dikekalkan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) tanpa perlu ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 5 Disember ini.

“Libatkan wakil-wakil semua parti tidak kira kerajaan dan pembangkang untuk berada dalam jawatan kuasa khas bagi membantu menangani isu-isu berkaitan pandemik Covid-19 dan impak negatif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“Rundingan bi-partisan (kerajaan dan pembangkang) boleh diadakan secara berkala untuk memfokuskan segala agenda membantu rakyat yang dalam keresahan akibat kesan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Raja-raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara di sini semalam menolak permohonan Perdana Menteri untuk melaksanakan perintah darurat bagi memerangi ancaman pandemik Covid-19 di negara ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, setelah memperhalusi dan berbincang dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang bersidang selama tiga jam semalam, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Asyraf Wajdi menambah, ahli politik juga perlu menghentikan segala percaturan berebut kuasa dan jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga selesai pertarungan rakyat menghadapi Covid-19 dan kegawatan ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya