Lelaki guna kereta stor simpanan arak, rokok seludup - Utusan Malaysia

Lelaki guna kereta stor simpanan arak, rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan bersama 192 arak dan 167 karton rokok yang diseludup bernilai RM44,056 di depan sebuah pasar raya di Jalan Tasek, Seri Alam dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Dimin Awang berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, arak dan rokok karton seludup itu ditemukam dalam dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Wira dan Toyota Vios.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kedua-dua kenderaan itu sebagai tempat penyimpanan barangan berkenaan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM111,056. Suspek serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya