KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa mengambil berat tentang rakyat jelatanya apabila berkenan menyerahkan sarapan kepada petugas media yang setia menunggu ketibaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal pagi ini.
Sumbangan tersebut diserahkan Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd. Alim kepada wakil media Muhammad Adam Abu Bakar di hadapan pintu dua Istana Negara, di sini.-UTUSAN ONLINE









