Covid-19: Pejabat Lembah Pantai ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: Pejabat Lembah Pantai ditutup

FAHMI Fadzil membuat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ditutup berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Menurut Fahmi, kakitangannya itu baru sahaja pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan dan isolasi.

Katanya, memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat, beliau dan semua staf pejabat itu ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19.

“Mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Kementerian Kesihatan serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai. Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai.

“Pejabat saya ditutup sehingga tempoh arahan ‘home quarantine’ selesai. Unit dekontaminasi juga dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Jelas Fahmi, bagi warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat boleh menghubungi melalui Facebook atau email.

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui emel. Segala kesulitan amat dikesali.

“Sila doakan agar kami selamat dan dihindari dari wabak Covid-19,” ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN