Banci 2020 beri input Agenda Pembangunan Mampan 2030 - Utusan Malaysia

Banci 2020 beri input Agenda Pembangunan Mampan 2030

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Dapatan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 atau Banci 2020 yang komprehensif dapat memberi input kepada Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara tersebut merangkumi keperluan input pemantauan seperti pembasmian kemiskinan, keselamatan dan keselestarian alam sekitar yang menjadi rujukan utama bagi penyediaan rancangan pembangunan negeri serta negara.

Baginda bertitah, dapatan tersebut juga membantu pelaksanaan agenda ‘Perlis Go Digital’ bagi merancakkan lagi perancangan pembangunan negeri ini.

“Semua jentera kerajaan Persekutuan, negeri dan komuniti diharapkan dapat memberikan sokongan dan kerjasama kolektif dalam Banci 2020 ini serta memastikan segala maklumat yang diberi berintegriti, berkualiti dan dipercayai.

“Beta berharap setiap rakyat Perlis berjaya dibanci demi mencorakkan sebuah pembangunan dan kehidupan yang lebih lestari dan sejahtera pada masa akan datang,” titah baginda selepas berkenan berangkat menerima sembah menghadap hormat Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin di Galeri DiRaja Arau di sini, semalam.

Sembah menghadap tersebut bertujuan memberi penerangan lebih jelas kepada baginda berkaitan Banci 2020 yang telah dilaksanakan bagi fasa pertama bermula dari 7 Julai hingga 30 September ini dan fasa kedua dari 7 hingga 24 Oktober dengan tema ‘Data Anda Masa Depan Kita’.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, Banci 2020 adalah aktiviti setiap dekad yang dilaksanakan sebanyak lima kali sejak 1970.

“Banci keenam telah pun bermula 7 Julai lalu dengan memperkenalkan Sistem Populasi Census Bersepadu (MyIPCS) iaitu ke arah memodenkan MyCensus 2020.

“Soalan tambahan mengenai butiran perumahan, kesihatan, gaya hidup dan hubungan sosial juga dimasukkan di dalam ‘Banci 2020’ bagi memenuhi perubahan corak gaya hidup dalam kalangan masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya