fbpx

24 September 2020, 4:17 pm

  TERKINI

Penganggur dicekup disyaki ugut sebar gambar bogel teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGETOWN: Polis menahan seorang penganggur disyaki terlibat jenayah ugutan dan penyebaran gambar bogel teman wanita yang dikenalinya menerusi media sosial 4 Ogos lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Padang Rengas, Perak kira-kira pukul 7.50 malam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, tangkapan dilakukan sejurus menerima laporan kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai terjatuh dari aras 22 kondominium di Bayan Lepas di sini, 3 Ogos lalu.

Menurut Sahabudin, mangsa dipercayai bertindak sedemikian selepas suspek memaki hamun dan mengugut menyebarkan gambar bogel menerusi panggilan telefon kepada ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

“Ekoran daripada siasatan yang dijalankan, kita telah berjaya menahan suspek dan merampas telefon bimbit miliknya yang mengandungi gambar aksi bogel individu lain yang belum dikenal pasti.

“Modus operandi suspek adalah memaki hamun dengan perkataan kesat dan membuat ugutan jenayah menyebarkan gambar-gambar milik mangsa yang telah disunting sekiranya enggan meneruskan hubungan atau melakukan hubungan seks dengannya melalui telefon,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini..

Beliau memberitahu,siasatan lanjut juga mendapati suspek terlibat dengan lima lagi laporan siri kejadian melibatkan kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perak.

Tambahnya, suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau itu kini ditahan reman selama seminggu mulai 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE