Sabalenka muncul juara Terbuka AS

Sabalenka muncul juara Terbuka AS

ARYNA Sabalenka menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang dimenanginya semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka mengatasi Amanda Anisimova untuk mempertahankan gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS), semalam sekali gus merangkul gelaran Grand Slam keempat dalam kariernya.

Sabalenka menewaskan pemain tuan rumah, Amanda Anisimova 6-3, 7-6 (7/3) di Stadium Arthur Ashe.

“Ini gila, segala pengajaran yang sukar berbaloi untuk saat ini. Saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa sekarang,” kata Sabalenka selepas menjadi wanita pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Terbuka AS sejak Serena Williams pada 2014.

Anisimova sebelum ini memenangi enam daripada sembilan pertemuan menentang Sabalenka, termasuk kemenangan di separuh akhir Wimbledon.

“Kalah dalam dua final berturut-turut adalah sesuatu yang hebat tapi juga sangat sukar. Saya rasa saya tidak berjuang cukup keras untuk impian saya hari ini (semalam),” kata Anisimova. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN