Djokovic teruskan misi memburu kejuaraan Wimbledon kelapan

Rublev gagal sekat langkah Djokovic

NOVAK Djokovic melangkah ke separuh akhir Wimbledon selepas mengalahkan Andrey Rublev hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaguh Russia, Andrey Rublev cuba memberikan kejutan kepada Novak Djokovic dengan memenangi set pertama, namun  akhirnya gagal menyekat  juara bertahan itu daripada memenangi aksi suku akhir tenis Wimbledon hari ini.

Langkah pemain No. 2 dunia, Djokovic, 36, terlalu sukar dibendung apabila dia melakar kemenangan ke-33 berturut-turut di Kelab Tenis All England selepas menang 4-6, 6-1, 6-4, 6-3.

Satu lagi pertembungan sengit bakal menanti jaguh Serbia itu yang turun memburu rekod kejuaraan kelapan dan kelima berturut-turut apabila berdepan pilihan kelapan dari Itali, Jannik Sinner pada separuh akhir, Jumaat ini.

 

“Saya rasa hari ini dia (Rublev) bermain tenis dengan hebat.

“Dia memberikan banyak tekanan, bermain sangat pantas, berdiri dekat dengan garisan dan cuba menolak saya ke belakang.

“Beberapa mata dalam perlawanan itu sangat panjang dan meletihkan. Perlawanan pada penghujung set ketiga di mana pada dasarnya ia telah diputuskan. Saya sangat lega apabila memenangi set ketiga,” kata Djokovic.

Djokovic melakar kemenangan lebih mudah ketika kali terakhir menumpaskan Rublev pada Terbuka Australia, Januari lalu iaitu 6-1, 6-2, 6-4. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya