PETALING JAYA: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia dekat Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi, hari ini.
Atlet berusia 35 tahun itu mengesahkan kedudukan ketiga terbaik pada lontaran keduanya sejauh 17.26 meter (m).
Pingat emas dimenangi wakil Ukraine, Oleksandr Yarovyi selepas melakukan catatan 17.73m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya ketika memenangi emas pada Sukan Paralimpik 2024 dengan balingan 17.61m.
Gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Maksym Koval yang melakukan catatan 17.52m. – UTUSAN