Speedy Tigress diaibkan China 8-0

Speedy Tigress diaibkan China 8-0

SKUAD hoki wanita negara dibelasah China 8-0 dalam aksi pertama Kumpulan A Piala Asia di Gongshu, hari ini. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara memulakan kempen Piala Asia dengan langkah kiri apabila dibelasah 8-0 oleh China dalam aksi pertama Kumpulan A di Stadium Gongshu Canal Sports Park, hari ini.

Skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim nyata bukan tandingan China yang merupakan pemenang perak Sukan Olimpik 2024 apabila gawang mereka dibolosi seawal minit pertama menerusi gol padang Zou Meirong.

Tuan rumah semakin bernafsu memburu kemenangan apabila enam gol lagi dihasilkan pada separuh pertama menerusi Li Hong, Ou Zixia, Dan Wen, Fan Yuncia, Meirong dan Chen Yang.

China menambah derita skuad negara selepas Zhong Jiaqi meledak gol kelapan pada minit ke-49.

Selepas ini Malaysia dijadual bertemu Taiwan pada Ahad ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN