Korea Selatan belasah Malaysian Tigress 5-0

Korea Selatan belasah Malaysian Tigress 5-0

SKUAD hoki wanita negara gagal mara ke peringkat Super 4 Piala Asia 2025 selepas dibelasah 5-0 oleh Korea Selatan di Hangzhou, hari ini. Ihsan Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad hoki wanita kebangsaan untuk mara ke peringkat Super 4 Piala Asia tidak kesampaian selepas dibelasah 0-5 oleh Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gongshu Canal Sports Park, hari ini.

Korea Selatan merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 memperoleh gol pertama mereka  pada minit ke-12 menerusi pukulan sudut penalti Kim Eunji.

Cheon Eun-bi yang pernah mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik 2012 dan 2016 meledak dua gol untuk Korea Selatan masing-masing pada minit ke-27 dan ke-30.

Korea Selatan terus menambah derita Malaysian Tigress menerusi jaringan Jeong Dabin pada minit ke-39 sebelum Cho Hyejin menjaringkan gol kelima pasukannya pada minit ke-58.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia menamatkan kempen kumpulan di tangga ketiga dan akan beraksi dalam penentuan tempat kelima hingga kelapan di mana skuad negara dijadual menentang Singapura pada Rabu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN