MELAKA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerima banyak permohonan jawatan sebagai ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan yang datangnya dari luar negara berbanding dalam negara, setelah tarikh tutupnya berakhir semalam. Bagaimanapun, Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal tidak menyatakan jumlah kerana semua permohonan kini berada di tangan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Datuk Majid Manjit Abdullah. Subahan berkata, sambutan tinggi melibatkan pemohon luar negara adalah berdasarkan potensi pasukan yang sudah mempunyai ramai pemain…










