Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Jerman sahkan slot ke final, benam

Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Jerman sahkan slot ke final, benam India 4-1

PASUKAN Jerman mara ke final Piala Dunia Hoki Remaja 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jerman mengesahkan slot ke final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 selepas menundukkan India 4-1 di separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, anak-anak buah Rein Van Eijk tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama pada minit kelapan menerusi jaringan padang Hasbach Ben.

Tersentak dengan jaringan itu, India memperkemaskan rentak permainan dan mereka berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian jaringan padang Chirmako Sudeep.

Bersambung suku kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan ke pintu gawang dan Jerman akhirnya mendapat gol kedua sekali lagi menerusi Ben yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-30.

Jerman terus melebarkan penguasaan apabila Glander Paul menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-41 sebelum Sperling Florian mengesahkan kemenangan Jerman menerusi gol padang pada minit ke-58.

Anak-anak buah Van Eijk akan menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Perancis dan Sepanyol yang akan berlangsung pada pukul 8 malam ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya