Pemain Thailand, Melaka muncul pendahulu

Pemain Thailand, Melaka muncul pendahulu

WAN HASNUL DANIEL Wan Omar memberi tumpuan untuk melakukan putting, muncul pendahulu bersama di Kejohanan Golf Amatur Malaysia Edisi Ke-119 di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain remaja dari Thailand, Leo White dan pemain Melaka, Wan Hasnul Daniel Wan Omar muncul pendahulu bersama hari pertama Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Edisi Ke-119 di Kelab Golf Tiara & Country di sini, hari ini.

Kedua-duanya sekadar selesa melakar catatan satu bawah par 71 dalam kejohanan yang membabitkan 45 pemain lelaki dan 27 pemain wanita.

Wan Hasnul berkata, dia akan mengekalkan rentak permainan pada hari kedua untuk menyaingi White.

“Saya bermain kurang baik hari ini walaupun ada lima bogey, satu eagle dan tiga birdie. Insya-Allah saya cuba bermain lebih baik pada hari kedua esok,” katanya ketika ditemui selepas tamat saingan.

Dalam pada itu, pemain remaja kebangsaan, Nateeshvar Anatha Ganesh yang baharu menjuarai Kejohanan Golf Junior Fruktosa RPGC-Taiwan di Kelab Golf Diraja Perak, Jun lalu sekadar berada di tempat kedua melakar catatan par-72.

Dia berkongsi kedudukan bersama dua pemain dari Korea iaitu Park Jae Min dan Seung Hyun Pi.

Seorang lagi anak jati Melaka, Muhammad Adif Haikal Md. Hazan yang menjuarai Kejohanan Amatur Terbuka SIG di Batam, Indonesia pula berada di tempat ketiga dengan catatan 73 pukulan.

Dia berkongsi kedudukan dengan tiga pemain lain iaitu Hariz Hezri, Muhammad Farez Mohd. Azihan dan pemain remaja dari Vietnam, Nguyen Anh Minh.

Sementara itu, bagi kategori wanita, pemain remaja China, Liu Yujie muncul pendahulu apabila melakar catatan tiga bawah par 69 pukulan.

Kelebihan satu pukulan mengatasi rakan senegaranya, Ng Jing Xuen yang mencatat dua bawah par 70.

Jing Xuen berkongsi kedudukan bersama pemain remaja dari Thailand, Pimpisa Rubrong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya