Ahli gabungan sokong statut FAM diubah?

Ahli gabungan sokong statut FAM diubah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir separuh daripada ahli gabungan didakwa bersetuju untuk mengubah perlembagaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memperkemaskan proses pemilihan kepimpinan baharu badan induk itu.

Menurut sumber terdekat, antara cadangan utama yang dibangkitkan adalah bagi menghalang 17 ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang sebelum ini meletakkan jawatan daripada kembali bertanding pada kongres pemilihan akan datang.

“Saya boleh jangkakan hampir separuh daripada ahli gabungan yang secara tidak rasmi telah menyatakan persetujuan mereka untuk menggubal statut FAM.

“Namun, tiada individu yang berani untuk bercakap mengenai perkara ini secara terbuka berikutan bimbang kedudukan mereka dalam persatuan terancam,” kata sumber itu.

Terdahulu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mencadangkan agar FAM melangsungkan kongres luar biasa bagi mendapat persetujuan mengubah statut sebelum Jun ini bagi melancarkan kongres pemilihan badan induk itu.

Sebelum ini, kesemua Exco FAM meletakkan jawatan susulan isu pemalsuan dokumen babitkan tujuh pemain negara yang menyaksikan tonggak berkenaan digantung selama 12 bulan oleh (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) FIFA bermula September lalu.

Situasi itu menyaksikan pentadbiran FAM diambil alih oleh jawatankuasa interim yang diketuai Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman bersama Pasukan Petugas Khas dari AFC bagi melaksanakan bedah siasat dan audit dalaman, sekali gus memperbaiki kelemahan dalam tadbir urus FAM.

FAM dijangka mengadakan kongres pemilihan badan induk selepas Piala Dunia 2026 iaitu sekitar Ogos atau September depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN