Selangor waspada kebangkitan NSFC

Selangor waspada kebangkitan NSFC

AKSI perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelebihan satu gol bukan jaminan untuk Selangor FC menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid menegaskan, skuad Gergasi Merah perlu mengekalkan fokus serta momentum bagi memastikan slot separuh akhir menjadi milik pasukan.

“Walaupun kami berjaya menjaringkan gol di tempat lawan, pasukan perlu memastikan slot ke separuh akhir menjadi hak mutlak Selangor dengan prestasi cemerlang di laman sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menambah, Negeri Sembilan pasti akan berusaha sedaya mungkin untuk mengubah nasib mereka, namun Gergasi Merah sudah bersedia dengan strategi dan taktikal rapi bagi menghadapi ancaman tersebut.

“Barisan kejurulatihan telah mengenal pasti kelebihan yang boleh dijadikan senjata untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan malam ini,” jelasnya lagi

Dalam pada itu, pengendali skuad Jang, Nidzam Jamil, yakin pasukannya masih mempunyai peluang untuk bangkit menebus kekalahan 0-1 pada aksi pertama di Paroi tempoh hari.

“Kita masih ada 90 minit di MBPJ. Ini peluang untuk tebus apa yang hilang. Kita akan datang dengan penuh positif. Cita-cita kita sama besar dengan Selangor. Kita akan fight untuk 90 minit yang seterusnya,” katanya.

Beliau menekankan bahawa perlawanan belum berakhir dan pasukannya harus fokus pada aspek kecil permainan untuk memastikan hasil lebih baik di gelanggang lawan.

“Bola sepak bukan sekadar taktik, ada perkara terperinci kecil yang perlu diperbaiki. Kita kena lebih tahu cara mengekalkan keputusan dan jangan ambil risiko yang tidak perlu,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN