Bergerak solo punca Perak FC ‘bungkus’

Bergerak solo punca Perak FC ‘bungkus’

PERAK FC tidak akan menyertai Liga Malaysia pada musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dengan Perak FC telah menyebabkan pasukan itu mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Malaysia (Liga M).

Perak FC merupakan kelab pertama yang secara terbuka mengumumkan untuk menarik diri daripada saingan Liga M musim depan berikutan berdepan masalah kewangan

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi berkata, beliau percaya pasukan tersebut mampu diselamatkan sekiranya mereka mendapat bantuan daripada kerajaan negeri.

“Apabila ia masuk kepada kelab bola sepak (FC), persatuan bola sepak negeri (FA) dan pihak di peringkat negeri, awam, terus lepas tangan. Kalau tak lepas tangan boleh lagi.

“Tengok macam negeri lain, Selangor umpamanya, Penang FC, Kuala Lumpur (City FC) dibantu DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) kerana tanpa bantuan ini memang sukar mana-mana pasukan untuk berjaya,” katanya.

Sebelum ini, Perak FC menarik diri daripada Liga M musim ekoran maslah kewangan selepas membelanjakan RM40 juta dalam tempoh tiga tahun.

Dalam pada itu, Azim percaya jika pihaknya hanya menjaga skuad utama Perak FC manakala pasukan pembangunan diberikan kepada FA, ada kemungkinan nasib mereka berbeza.

“Kalau Perak FC itu kita boleh komersialkan dengan mencari pihak yang boleh menaja tetapi pasukan pembangunan yang menelan belanja RM400,000 sebulan langsung tak boleh buat apa.

“Kita pernah buat surat kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) bahawa skuad pembangunan patut diletakkan di bawah kerajaan negeri atau FA bukan FC. FC bagi kita fokus kepada pasukan utama. Itu sahaja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN