MILAN: AC Milan menewaskan Genoa untuk menduduki tangga teratas Serie A walaupun pada tujuh minit terakhir perlawanan penyerang mereka Olivier Giroud terpaksa menjaga gawang ketika penjaga gol kedua-dua pasukan dibuang padang.
Dengan Milan ketiadaan pemain gantian, Giroud memakai sarung tangan selepas penjaga gol Mike Maignan dibuang padang pada minit kesembilan masa tambahan.
Christian Pulisic telah menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-87.
Penjaga gawang Genoa, Josep Martinez dilayangkan kuning kedua pada minit ke-113.
Martinez, yang telah dilayangkan kad kuning kerana membuang masa pada minit ke-86, sekali lagi melakukan kekasaran iaitu ke atas Yunus Musah apabila terburu-buru datang untuk sepakan sudut pada serangan lewat prmainan.
Maignan, yang akan terlepas perlawanan seterusnya Milan dengan Juventus, dilayangkan kad merah selepas pembantu pengadil video memutuskan dia telah menangkap Caleb Ekuban di luar kotak penalti.
Dengan Milan memerlukan seorang wira, pemain Perancis, Giroud yang telah membuat penyelamatan berani untuk membantu pasukannya mendahului dua mata di puncak Serie A, mengatasi pesaing Inter Milan di tempat kedua.
Inter telah mensia-siakan pendahuluan dua gol dalam keputusan seri 2-2 di tempat sendiri menentang Bologna pada awal Sabtu. – BBC