Perak tidak akan beri ‘kemenangan percuma’ kepada JDT

Perak tidak akan beri ‘kemenangan percuma’ kepada JDT

PEMAIN Perak FC menjalani latihan di sekitar hotel penginapan pasukan di Johor Bharu semalam menjelang pertemuan menentang JDT malam ini. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di atas kertas, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai semua kelebihan untuk menumpaskan Perak FC apabila kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.

Begitupun, Yusri Che Lah yang menggalas misi memastikan Bos Gaurus kekal dalam saingan liga utama musim depan menegaskan, beliau tidak akan memberi ‘kemenangan percuma’ kepada juara bertahan itu.

Dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini, pengendali berusia 47 tahun itu percaya, pemainnya akan memberi tentangan sengit dan mereka mampu mendapat keputusan positif.

“Saya harapkan sesuatu daripada pemain dan jangan buang peluang yang ada. Kita perlu realistik dengan keputusan.

“Sehingga kini, kita lihat semua pasukan tidak menang lagi (dengan JDT), jadi kita perlu menilai dan ukur baju di badan sendiri.

“Bukan kita mengangkat bendera putih tetapi kita akan mencuba sebaik mungkin,” katanya.

YUSRI CHE LAH

Bos Gaurus ketika ini berada pada prestasi terbaik khususnya dalam empat aksi terakhir iaitu menang tiga perlawanan dan hanya tewas tipis 1-0 di tangan Sri Pahang FC.

Begitupun mereka dibelasah 0-5 oleh JDT dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada 4 April lalu ketika dibimbing oleh Datuk Lim Teong Kim.

Masih tidak dapat dipastikan apakah Luka Milunovic dan Seo Seonung dapat diturunkan malam ini biarpun kedua-duanya beraksi baik ketika pasukan itu mengalahkan Penang FC 3-1 dalam aksi terakhir liga, Rabu lalu.

“Luka dan Seo mengalami kece­deraan (ketika menentang Penang FC) tetapi meminta untuk diturunkan kerana sedar khidmat mereka amat penting. Saya bersyukur kami menang ke atas Penang,” katanya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN