Kejuaraan AFF B-19 Wanita: Malaysia bermula langkah kanan

Kejuaraan AFF B-19 Wanita: Malaysia bermula langkah kanan

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Singapura dalam aksi Kumpulan B, Kejuaraan AFF B-19 Wanita di Palembang, Indonesia hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejuaraan Bola Sepak AFF Bawah 19 tahun (B-19) Wanita dengan langkah kanan apabila menumpaskan Singapura 1-0 hari ini.

Dalam aksi di Padang Athletic, Palembang, Indonesia, jaringan S. Thivashini pada minit ke-66 memastikan kemenangan pasukan negara, sekali gus menghuni tangga kedua Kumpulan B.

Kemenangan tersebut membolehkan anak-anak buah Cameron Ng meraih suntikan moral sebelum berdepan cabaran lebih getir menentang Vietnam, Isnin ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vietnam nyata berada dalam kelas lebih baik berbanding Singapura selepas membelasah pasukan itu 5-0 dalam perlawanan pertama mereka, Khamis lalu.

Sementara itu, kapten Malaysia, Amirah Rahman dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini