VAR masuk Liga Super musim depan

VAR masuk Liga Super musim depan

HAMIDIN Mohd. Amin (kiri) beramah mesra bersama peserta pada Sesi Townhall Presiden FAM bersama peminat bola sepak tempatan di Kuala Nerus kelmarin. UTUAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Selepas sering dibayangi isu mutu pengadilan, Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 dijangka berjalan lebih ‘bersih’ apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Biarpun tidak semua ­venue pertandingan mampu dibekalkan dengan VAR, namun pelaksanaannya di beberapa stadium dapat meningkatkan kualiti liga bola sepak tempatan dan memperbetulkan kesilapan pengadil, kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Menurut Hamidin, Liga M sudah bersedia menerima kehadiran VAR selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mula menghantar 30 pengadil profesional menghadiri latihan bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Pelaksanaan teknologi VAR dijangka bermula untuk perlawanan tertentu dahulu dan diharap dapat menjadi kenyataan bermula selewat-lewatnya awal tahun depan.

“MFL juga dalam masa sama sedang menyelesaikan isu kos bagi penggunaan teknologi tersebut kerana VAR sangat penting membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat.

“Mungkin kemudahan teknologi VAR tidak dapat disediakan di semua gelanggang, namun kami harap Stadium Nasional Bukit Jalil atau beberapa tempat lagi boleh ada kemudahan itu,” katanya ketika ditanya tentang mutu pengadilan Liga M dalam sesi Townhall Pre­siden FAM bersama peminat bola sepak tempatan di sebuah hotel di sini kelmarin.

PENGGUNAAN teknologi bantuan pengadil dalam Liga Malaysia kini satu keperluan.

Katanya, FAM dan MFL melihat teknologi VAR berpeluang diuji bagi pertemuan separuh akhir Piala Malaysia hujung tahun ini tetapi masih terlalu awal untuk dimuktamadkan.

Menurut Hamidin lagi, Jawatankuasa Pengadil FAM memandang serius isu pengadil dalam Liga M yang didakwa berat sebelah dan gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Bagi membaiki aspek ber­kenaan, jawatankuasa ini juga telah menubuhkan Akademi Pengadil Profesional bermula tahun ini untuk melahirkan lebih ramai pengadil berkualiti.

“Daripada aduan atau laporan diterima daripada kelab Liga M tentang mutu pengadilan, sebanyak 60 sehingga 70 peratus didapati keputusan dibuat pe­ngadil adalah tepat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN