Mourinho tidak minat jadi pengurus legenda AS Roma

Mourinho tidak minat jadi pengurus legenda AS Roma

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEVERKUSEN, JERMAN: Jose Mourinho menegaskan dia tidak taksub dengan idea mencapai status legenda di Itali selepas membawa AS Roma ke final Liga Europa dengan menyingkirkan Bayer Leverkusen secara agregat 1-0 semalam.

Mourinho telah membimbing Giallorossi mara ke final Eropah dua musim berturut-turut setelah menjuarai edisi sulung Liga Konferensi tahun lalu.

“Keutamaan saya bukan menandakan tempat dalam buku sejarah Roma. Saya mahu bantu pemain berkembang, capai perkara penting,” katanya.

Mourinho turut berterima kasih kepada beberapa pemain atas sumbangan mereka dan percaya, ‘taktikal unggul’ Roma ­faktor kejayaan mereka.

PEMAIN AS Roma meraikan kejayaan mara ke final Liga Europa.

“Jika kami tidak ada (Chris) Smalling di bangku simpanan, mungkin kami tidak menang.

“Kami hilang (Leonardo) Spinazzola dan kemudian ­(Mehmet) Celik, jika kami tidak memilikinya ia akan menjadi sangat sukar,” ­katanya.

Roma yang seri 0-0 di Jerman semalam akan bertemu Sevilla dalam perlawanan akhir di Budapest pada 1 Jun depan.

Sevilla menafikan pertembu­ngan dua kelab Itali di final selepas menyingkirkan Juventus secara agregat 3-2.

Selepas seri 1-1 di Turin minggu lalu, kelab Sepanyol itu bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk menang 2-1 dalam aksi yang berlanjutan ke masa tambahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya