Chelsea mampu tangguh hajat City

Chelsea mampu tangguh hajat City

PEMAIN Chelsea melakukan persiapan akhir di London semalam untuk menghadapi Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris esok. – IHSAN CHELSEA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea hanya diberi lapan peratus harapan untuk mengalahkan Manchester City dan menafikan hajat The Citizens bergelar juara Liga Perdana Inggeris lebih awal.

City mempunyai semua ke­lebihan untuk memenangi pertemuan esok. Pertama, mereka beraksi di laman sendiri.

Kedua, skuad anak-anak buah Pep Guardiola berada pada keyakinan tertinggi selepas membenam Real Madrid 4-0 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Begitupun, Chelsea yang mempunyai tiga baki saingan bukan turun untuk merosakkan pesta City tetapi menyelamatkan diri sendiri dengan harapan menutup musim dalam kelompok 10 terbaik.

Blues mengharungi musim yang teruk dengan berada di tangga ke-11, kalah 14 daripada 35 perlawanan mereka.

“Kami tidak perlu bercakap banyak tentang lawan kami, mereka dalam prestasi yang hebat dan semakin bersema­ngat untuk memenangi Liga Perdana. Sekarang sangat mungkin mereka akan memenangi liga pada Ahad dan menjulang trofi di Etihad.

“Kebarangkalian ­Chelsea menang hanya lapan peratus. Itu pun mungkin terlalu murah hati (memberi sedikit harapan).

“Saya tahu kami sudah tiada harapan, namun untuk sekali ini, saya harap demi maruah dan kebanggaan, pemain me­nunjukkan semangat perjua­ngan yang tinggi,” kata pe­ngarang media Chelsea, Simon Phillips. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya