Remaja lelaki uji Malayan Tigress

Remaja lelaki uji Malayan Tigress

PEMAIN bola sepak wanita negara melakukan persiapan menjelang Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi terpaksa mengubah perancangan di saat akhir selepas gagal mendapatkan lawan berkualiti dalam aksi persahabatan sebelum berlepas ke Phnom Penh bulan depan bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023.

Ia situasi yang merisaukan skuad bola sepak wanita negara kerana rata-rata pasukan tetangga terlibat de­ngan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024, yang me­nyaksikan mereka mempunyai minit permainan kompetitif lebih baik.

Persatuan Bolasepak ­Ma­laysia (FAM) sebelum ini meng­hantar pelawaan kepada Maldives untuk mengadakan aksi persahabatan, namun ditolak.

Dengan masa yang semakin suntuk, Soleen tidak mempunyai pilihan lain, kecuali mengatur perlawanan persahabatan dengan skuad bola sepak remaja lelaki negara.

Soleen Al-Zoubi

“Yang paling penting untuk saya ketika ini adalah beraksi dalam perlawanan persahabatan.

“Kebanyakan negara yang baru mengharungi kelayakan Olimpik, jadi kami bergelut mendapatkan lawan bagi aksi persahabatan.

“Kami ada hantar pelawaan kepada Maldives tapi mereka tolak saat akhir dan sehingga kini tidak dapat mencari pasukan untuk berentap.

“Sekarang kami mengadakan perlawanan persahabatan tertutup dengan pasukan lelaki bawah 18 dan 20 tahun,” kata Soleen ketika ditemui pada sesi latihan di Bukit Jalil kelmarin.

Tiada cuti panjang buat pemain negara pada sambutan Hari Raya Aidilfitri apabila hanya diberikan pelepasan selama sehari sebelum kembali melaporkan diri ke kem latihan pusat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN