Maloney kekalkan skuad Sukan SEA ke Piala Asia

Maloney kekalkan skuad Sukan SEA ke Piala Asia

Skuad kendalian Brad Maloney dalam persiapan akhir untuk mengharungi saingan Piala Asia 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada muka baharu dipanggil untuk menyertai skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun depan.

Sebaliknya, ketua jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney menaruh kepercayaan terhadap barisan pemain yang menyarung jersi negara dalam temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.

Maloney juga membawa masuk Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan SEA 2021 bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Tashkent.

Senarai penuh pemain yang dibawa ke Tashkent, Uzbekistan

Bagi saingan Piala Asia B-23 2022, Malaysia telah diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dan dua musuh di peringkat Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam dalam Kumpulan C.

Bagi saingan Kumpulan C nanti, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Korea Selatan pada 2 Jun, Khamis, 2 Jun, Thailand pada 5 Jun Vietnam pada 8 Jun.

Perlawanan peringkat kumpulan itu dijadual berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke suku akhir pada 11 dan 12 Jun manakala, peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 15 Jun dan final pada 18 Jun.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya