Kelantan raih mata penuh untuk layak ke Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Kelantan raih mata penuh untuk layak ke Piala Malaysia

Hazmin Husin (Orang Muda)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC menutup saingan Liga Perdana dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor II di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi, sekali gus mengesahkan tiket ke Piala Malaysia.

Beraksi di atas padang becak, The Red Warriors (TRW) dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat menerusi sepakan percuma Nik Umar Nik Azizi pada minit ke-23 yang bijak memerangkap penjaga gawang tuan rumah, Mohd. Farizal Harun.

Seminit berselang, penjaring terbanyak TRW, Nurshamil Abd. Ghani menyamakan kedudukan 1-1 selepas menghukum kesilapan penjaga gol Selangor II, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang gagal menangkap kemas bola sepakan sudut Mario Arques.

Pemain TRW kembali bersorak gembira apabila Syed Sobri Syed Muhd meledak gol kedua mereka pada minit ke-38 dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, pelawat yang menguasai aksi babak kedua memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-57 menerusi tandukan Nik Umar, bagaimanapun tersasar.

Pelawat terus ‘bernafsu’ mendapatkan jaringan penyamaan di minit ke-60, namun Mohd Farizal kental menyelamatkan rembatan pemain Selangor II daripada menerobos masuk ke pintu gol TRW.

Tersentak dengan asakan bertali arus Selangor II, Kelantan FC bangkit menerusi gerak-gerak menarik selepas itu namun gagal menoktahkan bola ke gol pelawat dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya