Stadium Perak tidak boleh digunakan untuk latihan - Utusan Malaysia

Stadium Perak tidak boleh digunakan untuk latihan

AZMAN Noh (kiri) ketika meninjau kompleks sukan SSI di Chepor bersama pegawai PFC di Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Padang Komplek Sukan Chepor akan dijadikan padang latihan Perak FC tidak lama lagi kerana Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) tidak lagi membenarkan Stadium Perak digunakan untuk latihan.

Tindakan MBI itu berikutan penggunaan yang kerap oleh pasukan Perak FC dan Perak FC II dalam kempen Liga Super dan Liga Perdana.

“Stadium Perak hanya dibenarkan digunakan untuk perlawanan Liga Super dan Perdana.

“Untuk latihan tidak dibenarkan,” kata Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh selepas meninjau kompleks yang didirikan sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Justeru Perak FC katanya, kena cari padang untuk latihan bagi pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Azman atau Cikgu Man berkata, padang kompleks Chepor dekat sini dimiliki oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Kata Azman, segala urusan yang berkaitan dengan penggunaan padang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Pafa memandangkan ada pembaikan perlu dibuat.

“Selain itu penghadang atau jaring bagi mengelak bola terlepas keluar dan masuk dalam semak samun,” katanya selepas melawat kompleks itu, baru-baru ini.

Menurut Azman antara masalah kompleks itu ialah rumput tumbuh tidak sekata,permukaan padang tidak rata mudah mengakibatkan kecederaan, pagar rendah dan perlu ditambah jaring atau tinggikan pagar untuk mengelak bola terlepas keluar.

Beliau merasakan banyak pekara dapat di perbaiki andai kerjasama antara Pafa dan PFC diperkukuhkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.