Kami tiada penyerang tulen - Nazrulerwan - Utusan Malaysia

Kami tiada penyerang tulen – Nazrulerwan

PERLAWANAN melibatkan KUFC dengan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.- IHSAN KELANTAN UNITED FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC), Nazrulerwan Makmor mendedahkan skuad Green Deers tidak mempunyai ‘penyerang tulen’ yang mampu meledakan jaringan bagi membolehkan pasukan itu meraih kemenangan.

Nazrulerwan berkata demikian selepas KUFC tumpas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.

Tambahnya, kebanyakan pemain membarisi posisi itu bukanlah penyerang tulen yang mampu menjaringkan gol.

“Anda boleh tengok sepanjang 90 minit perlawanan, kita (KUFC) menguasai permain…tetapi terus terang saya cakap dan tidak mahu berselindung, KUFC tidak ada penyudah tulen.

“Jadi, apabila tiada penyudah tulen dalam bola sepak (gagal menjaringkan gol), nasib tidak akan menyebelahi kita. Untuk baki perlawanan selepas ini, kita perlu lakukan sesuatu (perubahan),” katanya.

Nazrulerwan memberitahu, secara keseluruhan dia amat berpuas hati dengan komitmen yang diperagakan oleh seluruh barisan pemain KUFC diatas peningkatan dalam perlawanan tersebut.

Katanya, pujian wajar dititipkan selepas pemain beraksi begitu cemerlang namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Pada perlawanan itu, kapten Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abd. Razak membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi sepakan penalti sebelum Francis Kone menambah derita tuan rumah dengan meledakan jaringan kedua pada minit ke-81.

Keputusan itu menyaksikan KUFC menghuni tangga kelapan Liga Perdana dengan mengumpul 20 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya