Peminat Harimau Malaya masih tak puas hati dengan naturalisasi - Utusan Malaysia

Peminat Harimau Malaya masih tak puas hati dengan naturalisasi

PEMAIN Harimau Malaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya akhirnya meraih kemenangan dan berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 selepas menumpaskan Thailand 1-0 awal pagi tadi.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, masih ramai peminat meluahkan rasa kecewa dengan dua pemain naturalisasi baharu yang dibawa Malaysia, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi kerana kurangmemberi impak kepada pasukan negara.

Dalam aksi di Stadium Al Maktoum, Dubai itu, sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-53 memastikan kemenangan Harimau Malaya, sekali gus menutup kempen Kumpulan G di tangga ketiga.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul juara kumpulan selepas mengalahkan Vietnam 3-2 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak.

Biarpun gagal menamatkan saingan selaku juara kumpulan, namun Vietnam tetap melakar sejarah berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 selepas muncul antara empat naib juara terbaik dalam kalangan lapan pasukan.

UAE menutup kempen selaku juara Kumpulan G.

Berbalik kepada aksi Malaysia, biarpun menunjukkan peningkatan dan kesungguhan dalam dua perlawanan terakhir, namun ia masih tidak cukup untuk menggembirakan peminat.

“Sama level dengan Thailand. Atau mungkin thailand dah merosot. Menang pun nasib dapat penalti. Apapun tahniah sebab turunkan pemain-pemain muda. Tapi tengok vietnam, boleh juga sumbat gol 2 biji lawan UAE. Baru la namanya betul-betul main. Belajar lagi jangan cepat poyo sangat,” tulis pelayar Utusan Online dengan akaun Facebook, FastLee Kams.

“Liridron Krasniqi dah boleh melupakan bola sepak dan menumpukan kerjaya di bidang lain seperti menjual insuran dsb..tiada peningkatan permainannya melainkan passing2 fancy..akhirnya menyebabkan pasukan seolah bermain 10 orang..sorry,” tulis Rawe Rontek.

“Tahniah team MALAYSIA anda layak…Terbaik De Paula dengan Mat Don (Liridon) SUPER RING dalam team moga penyokong terhibur,” kata Mohamad Tajli.

“Liridron dan Paula gugurkan je..bermain teruk..lebih bagus ambil pemain tempatan,” tulis Man Rck.

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Thailand dalam aksi penutup Kumpulan G di Dubai pagi tadi.

“Tiada jaringan padang… Penalty saja Gol Harimau Malaya bole jaring Gol… kena usaha lebih lagi…De Paula… Liridon… bole buang sudah..!!!,” kata Ali A Awang.

“Tahniah Malaysia….kita tak perlu naturalisasi. Bantah program naturalisasi,” tulis Mohd Fairos.

“Liridon, dia memang bijak memperlahankan permainan – pengulas RTM,” tulis pemilik akaun Javier Asraf dalam Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya minta tolong sangat2 supaya De Paula digugurkan,” kata Harith Hashim.

Sebelum mencatat kemenangan ke atas Thailand, Malaysia sebelum ini dibenam 4-0 oleh UAE, selain tewas 1-2 kepada Vietnam dalam dua aksi pertama di Dubai.

Harimau Malaya juga dibelasah 4-1 oleh Kuwait pada perlawanan persahabatan sebelum tumpas 0-2 di tangan Bahrain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya