Lingard mahu pulih karier di West Ham - Utusan Malaysia

Lingard mahu pulih karier di West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tengah Manchester United, Jesse Lingard melengkapkan perpindahannya ke West Ham secara pinjaman sehingga hujung musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu akan bergabung semula dengan bekas pengurus Red Devils, David Moyes yang kini membimbing The Hammers.

Lingard gagal memikat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan tidak membuat sebarang penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Saya amat teruja. Ia satu lagi babak dalam hidup saya.

“Tiada sebarang jaminan (sentiasa beraksi) tetapi saya hadir ke sini untuk bekerja dan membantu pasukan serta membawa pengalaman saya.

“Inilah sasaran utama. Saya hanya mahu bermain bola sepak dan kembali beraksi,” katanya kepada West Ham TV hari ini.

Lingard bagaimanapun tidak sempat diturunkan untuk perlawanan menentang juara bertahan, Liverpool esok (12.30 pagi Isnin waktu Malaysia).

Kata Lingard, hubungan baiknya dengan Moyes dan pemain tengah West Ham, Declan Rice mendorong dia menyertai kelab London itu.

Pemain antarabangsa England itu juga berharap dapat mengisi kesebelasan utama West Ham yang kini menghuni tangga kelima Liga Perdana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya