Musim 2025 berakhir awal buat Zii Jia

Musim 2025 berakhir awal buat Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia membuat keputusan untuk menamatkan musim 2025 lebih awal dengan tidak menyertai mana-mana kejohanan hingga hujung tahun ini berikutan kecederaan buku lali yang belum pulih sepenuhnya.

Zii Jia mengesahkan perkara tersebut menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya apabila berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada semua pihak.

Katanya lagi, tahun 2025 menjadi musim mencabar buat dirinya yang turut perlu mempelajari menguruskan kesihatan fizikalnya.

“Ada hari di mana saya berada di puncak dan ada hari saya merasai kesan daripada kecederaan buku lali serta sakit belakang yang berpanjangan.

“Sejak perlawanan kompetitif saya di China Masters pada September lalu, saya dan pasukan bekerjasama dengan pakar perubatan untuk mencari langkah terbaik bagi memastikan saya dapat bertanding di tahap terbaik.

“Selepas mengambil kira semua maklum balas dan paling utama mendengar isyarat tubuh saya sendiri, saya berasa adalah lebih baik untuk menamatkan musim 2025 dan fokus pada kalendar 2026,” katanya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu turut berkata, dia menghadapi turun naik pada musim ini daripada segi fizikal dan emosi.

“Namun, saya menemui sisi baharu terhadap diri sendiri, siapa sangka seni adalah sesuatu yang saya minati.

“Saya kekal bermotivasi dan bersemangat untuk kembali ke gelanggang. Januari sudah tidak lama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN