Rosman enggan berharap kepada Pearly-Thinaah

Rosman enggan berharap kepada Pearly-Thinaah

PEARLY Tan-M.Thinaah belum menandatagani lanjutan kontrak bersama BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak mahu membina legasi baharu tanpa terlalu bergantung kepada pasangan utama, Pearly Tan-M. Thinaah.

Walaupun gandingan No. 3 dunia itu kekal sebagai tumpuan utama, Rosman memberi jaminan kerja pembangunan skuad pelapis sedang rancak berjalan di belakang tabir.

“Sekarang semua orang fokus kepada Pearly-Thinaah ketika ini, tetapi kerja kita bukan tertumpu kepada mereka sahaja.

“Usaha untuk menyediakan pasangan nombor dua dan tiga tetap berjalan, oleh itu kita perlu sentiasa bersedia,” kata Rosman.

Setakat ini, gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang berada di ranking ke-22 dunia dilihat semakin konsisten dengan pencapaian suku akhir di tiga kejohanan musim ini.

Namun sorotan paling menarik diberikan kepada pasangan muda Carmen Ting-Ong Xin Yee yang melonjak ke tangga ke-41 dunia dan dijangka bakal menjadi ancaman utama dalam tempoh terdekat.

“Progres Carmen-Xin Yee sangat bagus kerana daripada ranking yang terlalu jauh, sekarang sudah masuk kelompok 45 teratas.

“Untuk pemain beregu wanita umur 18 atau 19 tahun, itu satu perkembangan yang baik tetapi perjalanan masih panjang,” katanya.

Turut menarik perhatian ialah beregu remaja Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu yang memenangi Terbuka Slovakia dan mara ke separuh akhir Terbuka Austria dan Slovenia, membuktikan masa depan beregu wanita negara semakin cerah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN