Zii Jia tetap tolak RTG

Zii Jia tetap tolak RTG

LEE Zii Jia ketika mengalami kecederaan buku lali kanannya sewaktu kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan professional lelaki negara, Lee Zii Jia tetap menolak untuk menyertai program Road To Gold (RTG) biarpun bakal ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kemudahan.

Ini kali kedua pemain berusia 26 tahun itu menolak untuk menyertai RTG selepas mengambil keputusan sama ketika ditawarkan menyertai program itu sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk ke Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028), Zii Jia tetap dengan pendiriannya dan keputusan atlet berasal dari Alor Setar, Kedah itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, semalam.

Menurut Hannah, Zii Jia sudah membuat pendirian untuk tidak menyertai RTG dan keputusan berkenaan telah diterima serta dihormati oleh semua jawatankuasa yang terlibat dalam program itu.

Team LZJ menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk tahap kecergasan semasa Zii Jia yang kini masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Pihak pengurusan Zii Jia tu juga berpendapat adalah lebih wajar jika peluang dan bantuan yang disediakan menerusi RTG diberikan kepada rakan-rakan atlet lain yang lebih memerlukannya pada waktu ini.

Ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika ini menyaksikan kedudukan Zii Jia jatuh ke tangga 15 dunia selepas tidak menyertai beberapa kejohanan sejak berdepan masalah kecederaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN