Kejohanan Badminton Remaja dan Pahang Tertutup 2022 tawar hadiah RM21,000 - Utusan Malaysia

Kejohanan Badminton Remaja dan Pahang Tertutup 2022 tawar hadiah RM21,000

TENGKU AIDY AHMAD SHAH Tengku Kamil Ismail (kanan) bergambar bersama pemenang kategori remaja sembilan hingga 11 tahun Kejohanan Badminton Remaja dan Pahang Tertutup 2022 yang berakhir semalam di Dewan Persatuan Badminton Pahang di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persatuan Badminton Pahang menganjurkan Kejohanan Badminton Remaja dan Pahang Tertutup 2022 membabitkan 21 kategori yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM21,000.

Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, lebih 600 pemain menyertai kejohanan lima hari bermula 14 Disember lalu dan akan berakhir 18 Disember ini.

“Apabila kejohanan ini bermula, saya cukup gembira kerana penyertaannya begitu menggalakkan apabila lebih 600 orang menyertainya.

“Pada awalnya, memang saya cukup bimbang di tambah dengan keadaan cuaca dan musim tengkujuh.

“Namun ternyata ia bukan halangan sebaliknya para pemain dilihat cukup bersemangat menyertai kejohanan yang berprestij ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini.

TENGKU AIDY AHMAD SHAH Tengku Kamil Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama (kanan) dan kedua (kiri), kategori Perseorangan Wanita Bawah 13 Tahun Kejohanan Badminton Remaja dan Pahang Tertutup 2022 yang berakhir semalam di Dewan Persatuan Badminton Pahang di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Tengku Aidy berkata, tinjauannya mendapati setiap pemain khususnya remaja begitu bersemangat dan mempamerkan aksi yang terbaik.

“Kita lihat bukan sahaja peserta yang bersemangat malah ibu bapa mereka juga gembira dan begitu bersemangat menyokong anak mereka,” katannya.

Beliau dalam pada itu turut berterima kasih kepada para penyumbang Kejohanan Badminton Remaja dan Tertutup Pahang 2022.

“Terima kasih diucapkan kepada Tanah Makmur Berhad, Wira Semangat, LLT Group, Kotamas. Abitare Sdn. Bhd., Hotel Zenith, Nasi Kukus My Mama, Cuckoo International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Embi Gio Sdn. Bhd.,” katanya.

Menurutnya, Kejohanan Badminton Remaja dan Tertutup Pahang akan menjadi acara tahunan dianjurkan Persatuan Badminton Pahang.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pahang, Muhamad Nor Omar berkata, kejohanan itu melibatkan kategori remaja bermula pada usia sembilan tahun sehingga 15 tahun.

“Kejohanan ini juga melihatkan kategori dewasa dan veteran yang berusia 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata, hadiah tempat pertama berbeza mengikut kategori dengan paling rendah RM100 (perseorangan), RM240 (beregu), RM500 (terbuka perseorangan) dan RM800 (terbuka beregu).

“Bagi kategori veteran dan super veteran, hadiah ditawarkan bermula RM400 (perseorangan), RM720 (beregu veteran),” katanya.

Kategori remaja sembilan hingga 15 tahun sudah pun berakhir semalam dan sedang berlangsung kejohanan tertutup Pahang kategori dewasa dan veteran serta super veteran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya