India makin maju tapi Malaysia?

India makin maju tapi Malaysia?

PEMAIN India meraikan kejayaan bersejarah merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas menumpaskan juara 14 kali, Indonesia dalam perlawanan akhir di Bangkok kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika sebelum ini India dianggap lawan belasahan dan lubuk mata bukan sahaja buat Malaysia tetapi pasukan lain, senario ini telah berubah dengan kejayaan mereka menjulang Piala Thomas 2022 di Bangkok.

Menewaskan Malaysia (3-2), Denmark (3-2) dan Indonesia (3-0) memastikan India merangkul gelaran Piala Thomas buat kali pertama pada percubaan pertama di pentas final.

Bagi legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek yang merupakan anggota skuad Malaysia ketika kali terakhir menjulang Piala Thomas pada 1992, India mampu menjadi kuasa besar badminton dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Tidak mustahil India bakal menjadi kuasa besar dalam sukan badminton, mereka memiliki perancangan dalam pembangunan pemain khususnya perseorangan lelaki.

“Kita dapat lihat mereka begitu kuat dalam acara perseorangan, bukan sahaja pemain yang disenaraikan dalam skuad Piala Thomas kali ini tetapi skuad muda mereka yang saya lihat banyak menyertai kejohanan luar.

“Tapi Malaysia pula hanya mengharapkan Lee Zii Jia sahaja manakala jurang perseorangan kedua dan ketiga negara ada jurang yang jauh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

MALAYSIA terlalu bergantung kepada Lee Zii Jia dalam acara perseorangan.

India memiliki lima pemain perseorangan lelaki dalam kelompok 30 terbaik dunia diketuai Lakshya Sen, Kidambi Srikanth, B. Sai Praneeth, H.S Prannoy dan Sameer Verma.

Bekas beregu dan jurulatih negara, Tan Kim Her pula antara yang bertanggungjawab menaikkan beregu No. 8 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag ketika melatih India dari 2015 hingga 2019.

Dalam Piala Uber, kejayaan Korea Selatan muncul juara menumpaskan China juga mempunyai sentuhan Malaysia, Wong Tat Meng.

Jalani menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil tindakan drastik jika tidak mahu ketinggalan bukan sahaja di belakang Indonesia, Jepun, China dan Denmark, malah tidak mustahil India.

“India memiliki kelebihan perseorangan lelaki, namun Malaysia hanya memiliki Zii Jia. Inilah yang harus diberikan perhatian BAM dalam masa terdekat.

“Tidak mustahil India akan terus berada jauh di depan Malaysia jika BAM tidak melakukan sesuatu, BAM juga tidak boleh harapkan pada Zii Jia kerana dia kini pemain bebas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya